5 bekas pemain bola sepak yang jadi kaya gila selepas pencen

Bola sepak adalah satu industri yang cukup mewah, sekurang-kurangnya di benua Eropah. Kalau di Malaysia tak untuk pun kerana akan guna duit orang politik dan anak raja dengan pulangan yang sangat minimum.

Selalunya pemain akan mendapat gaji yang mahal. Contohnya Alexis Sanchez, di mana dia dapat gaji lebih kurang £400,000 seminggu untuk bermain piano di Manchester United.

Pada masa yang sama ada juga pemain yang tidak berapa mendapat gaji mahal berbanding pemain bintang, tetapi mereka berjaya buat duit selepas bersara.

Mathieu Flamini

Flamini adalah buah hati penyokong Arsenal sekitar pertengahan tahun 2000an sebelum dia berpindah ke AC Milan, dan kembali semula ke Arsenal.

Kini, Flamini adalah merupakan antara pemilik syarikat bioteknologi , GF Biochemicals di mana syarikat ini menghasilkan pengganti asid levulinik.

Kalau nak tahu, asid levulinik ini digunakan sebagai bahan awal(precursor) dalam penghasilan ubat-ubatan, plastik dan pelbagai bahan tambahan lain.

Nilai syarikat ini dianggarkan sekitar £10 billion (RM50 billion).

Robbie Fowler

Lagenda Liverpool ini cukup dikenali sebagai penyerang yang prolifik ketika bermain. Ketajamannya di depan gol hampir membawa EPL ke Liverpool.

Ketika masih lagi bergelar pemain bola sepak, Fowler sudah mula berjinak-jinak dengan dunia hartanah.

Kini berusia 44 tahun, porfolio Fowler dalam bidang ini cukup membanggakan dan mempunyai senarai yang cukup kuat. Nilai kekayaannya diangarkan sekitar £32 juta (RM160 juta) dan turut menganjurkan seminar menerusi Akademi Hartanah Robbie Fowler.

Fowler patut datang ke Malaysia untuk berguru dengan guru-guru bisnes yang hebat di Malaysia seperti seorang doktor yang meletakkan jari di kepala, seorang wanita yang memiliki sekolah perniagaan ataupun dia boleh follow netizen di Mlaaysia yang ramai palatao.

Mesti Fowler akan jadi lebih kaya.

Ramon Vega

Nama pemain pertahanan tengah sekitar 1990-an ini mungkin tidak se-gah Tony Adams atau Jaap Stam, memandangkan dia hanya  bermain untuk kelab kecil seperti Watford dan Tottenham sahaja. Ya, Tottenham adalah kelab kecil, tidak sehebat Arsenal waktu itu.

Gaji Vega sebenarnya okay je bersama dua kelab tu, tapi tak mewah macam orang lain.

Tapi selepas pencen, Vega mula berjinak dalam arena korporat di Wall Street. Sekarang dia menguruskan sebuah syarikat pelaburan dengan nilai pelaburan sekitar £625 juta di Amerika.

Sun Jihai

Sun Jihai adalah antara pemain Asia terawal yang mencipta nama di England, ketika dia bermain untuk kelab Manchester City.

Selaku pengasas syarikat HaiQiu Sports , syariakt yang menggabungkan media, teknologi dan data, Jihai mahu menghubungkan peminat dengan bintang selain menjadi jambatan untuk sukan antara dunia barat dan asia timur.

“Saya terfikir untuk menubuhkan syarikat ini pada November 2015, dan syarikat ini didaftarkan pada Februari 2016 – keputusan yang cepat diambil” dia berkata epada Starsport.

“Susah sebenarnya untuk pemain bola yang biasa-biasa untuk masuk ke sektor teknologi. Saya bernasib baik kerana mempunyai kawan dan rakan yang tahu tentang teknologi dan benda lain yang lebih kurang.”

Dion Dublin

Dublin adalah seorang pemain utiliti ketika bergelar sebagai seorang pemain. Maksudnya dia boleh bermain di banyak posisi.

Pada satu masa dia boleh bermain di bahagian serangan dan menjaringkan gol, kadang-kadang main sebagai pertahanan tengah.

Kini berusia 50 tahun, Dublin buat duit dengan mencipta instrumen muzik baru iaitu The Dube.

The Dube adalah sebuah kotak kayu yang boleh dipukul keliling dan menghasilkan bunyi yang pelbagai.

“Saya ambil 6 keping kayu, tukul dan paku lalu buat satu kotak,” katanya.

“Pada masa tu mungkin macam tak masuk akal tapi ia telah bawa saya di mana saya berdiri sekarang ini.”

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close