4 sebab kenapa Liverpool power dan menyebabkan haters meroyan

Liverpool hampir pasti memenangi gelaran Liga Perdana pada tahun ini. Walaupun ada yang berpendapat faktor nasib dan VAR menyebelahi The Reds, semua itu bakal dibuktikan sebagai mengarut.

Artikel ini akan membincangkan sebab sebenar mengapa pasukan bimbingan Jurgen Klopp ini jauh lebih baik daripada yang lain.

Memang mudah untuk mengaitkan kedudukan Liverpool tahun ini dengan nasib, tetapi kita semua tahu bahawa nasib hanya datang hasil dari kerja keras, perancangan yang bijak dan semestinya ‘menjadi lebih baik daripada yang lain’.

Melihat kepada persembahan minggu ke minggu Liverpool, sangat mustahil untuk tidak perasan beberapa sudut di mana The Reds adalah yang terbaik: persefahaman di barisan pertahanan, kerja keras pemain tengah dan gandingan mantap tiga serangkai di bahagian serangan.

Tetapi ada yang lebih menarik iaitu petunjuk utama yang membuktikan bukan hanya Liverpool telah bermain dengan sangat baik, tetapi juga mengatasi pencabar-pencabar utama dalam merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Jika selepas ini masih ada pihak yang menidakkan prestasi Liverpool pada tahun ini, mereka perlu melihat sebab-sebab berikut:

Penyudahan Berkesan

Liverpool melalui beberapa perlawanan pada tahun 2020 di mana pengurus, peminat dan juga pemain mereka merasakan bahawa kemenangan sepatutnya boleh diperolehi lebih awal.

Ini semua berkait dengan faktor penyudahan kurang berkesan yang kadangkala menyebabkan keputusan sebenar perlawanan diheret sehingga ke minit-minit terakhir.

Bila bercakap tentang penyudah yang klinikal, The Reds secara amnya tidak berdepan masalah mencari gawang gol.

Biarpun Man City (65) telah menjaringkan lebih banyak gol berbanding Liverpool (60) di Liga Perdana dan melakukan lebih banyak percubaan, Liverpool melakukannya dengan lebih cekap.

Bukan sahaja gol Liverpool menghasilkan lebih banyak mata (0.78 mata yang diperoleh setiap gol Manchester City, 1.22 mata untuk The Reds), mereka memerlukan percubaan yang lebih sedikit untuk menjaringkan gol.

• Man City: 497 percubaan, 65 gol – 7.6 percubaan untuk hasilkan 1 gol
• Chelsea: 407 tembakan, 43 gol – 9.5 percubaan menghasilkan 1 gol.
• Liverpool: 389 tembakan, 60 gol – 6.5 percubaan menghasilkan 1 gol.
Teruskan mencuba!!!, Redmen.

Kualiti di samping Kuantiti

The Reds juga telah memastikan bahawa peluang yang dicipta mereka sering kali berkualiti tinggi, lebih berkemungkinan menghasilkan gol, dari kawasan yang lebih berpotensi.

Sebanyak 64 peratus daripada percubaan Liverpool datang dari dalam kotak penalti, peratusan tertinggi jika dibandingkan dengan mana-mana pasukan dalam Liga Perdana.

Dan sebaliknya, percubaan jarak jauh Liverpool hanyalah merangkumi 28 peratus, kedua terendah di dalam liga. Sesetengah peminat kadangkala mengharapkan cubaan jarak jauh yang lebih kerap, tetapi Liverpool rata-ratanya memiliki pemain berkualiti yang berkeupayaan mencari peluang dan masa yang lebih baik untuk bertindak.

Jika dibandingkan dengan Man United, yang pada musim ini merupakan pasukan paling banyak melakukan percubaan jarak jauh (48 peratus dari percubaan keseluruhan), itupun hanya menyumbang sedikit kepada jumlah keseluruhan iaitu 36 gol.

Tidak Bagi Peluang

Gawang sendiri juga tidak kurang pentingnya. Bagi sebuah pasukan yang agresif dan sentiasa menyerang, Liverpool sangat berdisiplin dalam pertahanan mereka dan tidak memberikan tendangan percuma dengan mudah kepada pihak lawan.

Sesekali terdapat keadaan di mana pemain seperti Robertson, James Milner atau Fabinho melakukan kesalahan yang mengakibatkan lawan memperolehi tendangan percuma.

Walaupun begitu, ianya tidak menyebabkan impak negatif yang sangat besar kepada Liverpool.

Sebenarnya, The Reds adalah pasukan yang paling sedikit melakukan kesalahan dalam satu perlawanan di liga (8.4) dan juga memperolehi kad kuning yang paling sedikit (24).

Fakta berkenaan seakan tidak begitu penting, tetapi menurut kajian, setiap pasukan di dalam Liga Perdana mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol dari tendangan percuma dan juga dari tendangan penalti.

Jika anda tidak memberikan mereka peluang untuk berada dalam situasi berkenaan, pastinya mereka tidak akan membolosi gawang anda.

Alisson Becker

Sebaik manapun pasukan anda bertahan dan tidak memberikan peluang, pastinya akan ada percubaan yang dapat dihasilkan oleh pihak lawan. Pada Alisson Becker, Liverpool mempunyai seorang penjaga gawang yang terbaik di dunia pada ketika ini untuk memastikan percubaan berkenaan tidak menghasilkan gol.

Beliau juga dilindungi oleh barisan pertahanan terbaik dalam liga, pasangan bek kiri dan kanan yang paling berbahaya serta pasukan yang penuh dengan pemain yang komited bekerja keras dalam struktur organisasi taktikal yang sangat bagus.

Dalam aspek statistik jangkaan bolos dan bolos sebenar,Liverpool mempunyai perbezaan terbaik berbanding pasukan yang berada pada kedudukan teratas di dalam liga.

• Liverpool: Jangkaan bolos 1.0, Bolos sebenar 0.6
• Man City: Jangkaan 1.1, Sebenar 1.2
• Leicester: Jangkaan 1.3, Sebenar 1.0

Seperti yang ditunjukkan di atas, perbezaannya adalah mengagumkan. Liverpool mencatatkan nilai -0.4 (bolos sebenar lebih kurang berbanding jangkaan bolos), yang mana hanya Sheffield United (-0.5) mencatat nilai yang lebih rendah tetapi SheffieldU Unitedbukan lah pencabar kejuaraan liga. Man City pula mencatatkan nilai bolos sebenar lebih tinggi dari nilai jangkaan bolos (+0.1).

Sekiranya anda mahukan seseorang untuk memastikan gawang anda tidak dibolosi, pasti Alisson Becker adalah orangnya.

Anda masih fikir kedudukan Liverpool pada tahun ini disebabkan nasib? Renung-renungkan.

Sumber : This Is Anfield

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close