2 pengadil wanita bakal mengadili perlawanan Liga Super dan Perdana

Seramai 30 pengadil baharu akan mengadili perlawanan-perlawanan Liga Super dan Perdana pada tahun ini, termasuklah 2 pengadil wanita.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid.

Md Dali Wahid, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM. pic/Stadium Astro

“Buat pertama kalinya pada tahun ini dua pengadil, seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil wanita yang akan terbabit sama ada dalam Liga Super atau Liga Perdana.

“Ini salah satu usaha FAM untuk mengetengahkan pengadil wanita. Selain itu, kita ada 30 pengadil baharu yang akan diketengahkan untuk saingan Liga Super dan Liga Perdana tahun ini.

“Ini juga salah satu usaha kita untuk meneruskan kesinambungan pengadil tempatan dari dulu hingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik dari Berita Harian.

Walaubagaimanapun Dali tidak mendedahkan nama 2 pengadil tersebut.

Langkah ini boleh dikatakan sebagai satu langkah yang proaktif dalam menepis tanggapan bahawa bola sepak adalah untuk lelaki sahaja.

Kalau kita lihat di Eropah, pengadil wanita diberikan ruang dan keadilan yang sama seperti pengadil lelaki jika mereka layak.

Lagi pula, pengadil wanita sudah tidak menjadi satu perkara pelik di Lembah Klang kerana mereka sudah mula bergiat dalam liga sosial dan juga M4.

Penambahan 30 pengadil baharu juga satu tindakan yang patut dipuji kerana ini akan memberikan mereka pendedahan peringkat tertinggi di Malaysia, selain melahirkan lebih ramai pelapis pengadil yang bagus.

Sampai bila kita nak throwback rindu zaman Subkhydin kan?

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close