10 pasukan sahkan penyertaan dalam ASEAN Club Championship, tetapi tiada wakil Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara(AFF) telah mengesahkan bahawa hanya 10 pasukan yang akan menyertai kejohanan ASEAN Championship pada tahun ini.

Asalnya, AFF bercadangn menjadikan kejohanan ini pertandingan 12 pasukan dengan pembahagian slot mengikut negara adalah seperti berikut:

Negara Per. kumpulan Kelayakan
Indonesia 2
Malaysia 2
Thailand 2
Vietnam 2
Myanmar 1
Singapura 1
Brunei 1
Kemboja 1
Laos 1
Filipina 1
Timor Leste 1

Akan tetapi, tiada pasukan dari Malaysia yang menyertai kejohanan ini dan slot dari Malaysia tidak digantikan dengan mana-mana pasukan. Berikut adalah 8 pasukan yang telah sahkan penyertaan pada tahun ini.

  1. Chiangrai United – Juara Thai League 1 2019
  2. PT Prachuap – Juarai Thai League Cup 2019
  3. Bali United – Juara Liga 1 Indonesia 2019
  4. Persebaya – Naib Juara Liga 1 Indonesia 2019
  5. Hanoi FC – Juara V.League 1 2019
  6. Ho Chi Minh City FC – Naib Juara V.League 1 2019
  7. Shan United – Juara Myanmar National League 2019
  8. Tampines Rovers – Naib Juara Singapore Premier League 2019

Singapura diwakili oleh pasukan naib juara kerana juara liga mereka pada tahun lalu adalah kelab dari Brunei, DPMM FC. Jadi memandangkan DPMM bukan di bahawa jajahan takluk Persatuan Bola Sepak Singapura, maka Tampines Rovers mengambil tempat mereka.

Manakala 4 pasukan yang akan bermain di pusingan kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Svay Rieng FC – Juara Metfone Cambodia League 2019
  2. Lao Toyota – Juara Lao Premier League 2019
  3. Indera – tempat keempat Bruneri Super League
  4. Ceres Negros – Juara Philippines Football League 2019

Tidak dapat dipastikan kenapa Brunei hanya menghantar pasukan di tangga keempat liga mereka untuk menyertai kejohanan ini. Mungkin kerana juara liga mereka adalah pasukan tentera, dan diperlukan untuk duti.

Kenapa tiada pasukan dari Malaysia?

Kita kena tahu bahawa FAM mementingkan isu-isu teknikal. Sebab itulah sekutu mereka, MFL, hanya dapat memulakan liga Malaysia pada hujung Januari, iaitu untuk memberi masa kepada pasukan selesaikan dokumen.

Dalam kes ASEAN Championship ini pula, FAM mahu kejohanan ini diiktiraf oleh AFC terlebih dahulu barulah mereka akan menghantar wakil.

Lagipun, jadual liga Malaysia agak padat dengan saingan sengit 12 pasukan selain dua jagoan tempatan yang perlu bermain dalam ACL dan Piala AFC.

Chiangrai United lain lah. Liga Thailand ‘hanya’ mempunyai 16 pasukan, dan mereka juga ‘tidak layak untuk bermain di ACL dan AFC.’

Facebook Comments
Kongsi cepat dengan orang lain!
error20
Close